assalamualaikum. aku ingin berkongsi nukilan pertama bila masuk ke alam universiti ni. banyak kenangan yang sukar dilalui namun biarlah ia menjadi urusan aku dan ALLAH SWT. Dah lama aku tak update blog ni. hehe
"Aku adalah perantau ilmu,
Berkelana seorang diri,
Dalam duniaku sendiri,
Tiada senda dalam kata,
Kerana aku sedang mencapai matlamat,
Kerana aku yakin akan hal sudah
ditetapkan,
Aku akan menoleh kebelakang,
Bagi melihat kisah silamku,
Namun tolehanku bukan untuk mengundur kebelakang,
Tetapi tolehanku agar aku segera maju kehadapan,
Telingaku pekak mendengar cacian dan makian,
Lidahku kelu mengatur bicara sia-sia,
Tanganku terpaku dari kerja penuh dosa,
Kakiku melangkah naik ke menara kejayaan,
Kerana aku pasti, Itulah aku kini!
Dengan semangat baru, Kerana aku kenal
siapa aku J
Seorang pengembara ilmu."
Saja aku bergambar di Pusat Islam Tun Abang Salehudin (PITAS) masa raya haji 2014 |
No comments:
Post a Comment