Tuesday 26 May 2015

Bismillah.

bagi tujuan kursus KMC2053 MAKMAL KAUNSELING II (KELOMPOK)
aku telah diamahkan untuk menulis entri pada pautan ini  : CORETAN HATI.

MUHAMAD NOR SYAKIRIN BIN MUHAMAD SA'AD
42358
KAUNSELING TAHUN 2
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

:D





Sunday 11 January 2015

assalamualaikum. aku ingin berkongsi nukilan pertama bila masuk ke alam universiti ni. banyak kenangan yang sukar dilalui namun biarlah ia menjadi urusan aku dan ALLAH SWT. Dah lama aku tak update blog ni. hehe

"Aku adalah perantau ilmu,
Berkelana seorang diri,
Dalam duniaku sendiri,
Tiada senda dalam kata,
Kerana aku sedang mencapai matlamat,
Kerana aku yakin akan hal sudah ditetapkan,
Aku akan menoleh kebelakang,
Bagi melihat kisah silamku,
Namun tolehanku bukan untuk mengundur kebelakang,
Tetapi tolehanku agar aku segera maju kehadapan,
Telingaku pekak mendengar cacian dan makian,
Lidahku kelu mengatur bicara sia-sia,
Tanganku terpaku dari kerja penuh dosa,
Kakiku melangkah naik ke menara kejayaan,
Kerana aku pasti, Itulah aku kini!
Dengan semangat baru, Kerana aku kenal siapa aku J


Seorang pengembara ilmu."

Saja aku bergambar di Pusat Islam Tun Abang Salehudin (PITAS) masa raya haji 2014

Wednesday 11 December 2013

Al quran ^_^

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Adil dan Saksama timbangannya . Aku memohon petunjuk dan reda moga2 mujahadahku ini membawa kemenangan dan kesaksian di hari akhirat kelak.

Perkongsian : hubungan al Quran dengan iman.
Al Quran ibarat rencah utama dalam masakan. Kalau tak letak tak menjadi makanan tu. Kalau tiada al Quran dalam jiwa kita, tak menjadi kita sebagai manusia.

Kalau makanan, kita penentu banyak mana garam nak letak. Samada perlu atau tidak. Macam tu juga kitab Allah ni, kerana al Quran membawa kita menelusuri bahtera hidup. Cuma, kita yang penentu arah, samada nak ke kiri atau ke kanan.

Al Quran leads to tazkiah ( cleaning heart ), which leads to iman ( belief in GOD ), and lastly taqorrub ila Allah ( to make creations close to the Creator )

Kenapa baca al Quran
Pengalaman aku sendiri dalam beberapa tempoh menempuhi cabaran nafsu, aku menilai diri bila hariku dengan al Quran dan tanpa al Quran. Memang benar, jauh sekali bezanya. Ni apa yang aku rasakan:

★Membaca al Quran dalam sehari walaupun semuka sahaja

1. hati rasa tenang
2. malas nak mengulang dosa
3. bosan buat jahat
4. seronok bila baca walaupun tak faham semua
5. rasa terjaga dan terjamin dari ancaman syaiton
6. takkan nak buat jahat, sia2 je baca al Quran tadi
7. tak rugi pun masa yang sedikit kita luangkan untuk Allah, sebab Allah pemilik masa. Nanti Allah akan pulangkan masa tu. Bahasa mudahnya, diberi kelapangan masa.

★ tak membaca al Quran dalam sehari even melihatnya

1. Rasa diri tak sempurna
2. Tidak terurus masa dan diri
3. Hati rasa berat nak buat kerja@malas
4. Tak produktif utk apa2 tugasan
5. Lebih cenderung nak buat benda tak sihat
6. Kata2 tak terkawal
7. Hati selalu berkata2 buruk
8. Banyak ketawa sampai rosak hati

Last nak sampaikan, aku cuba untuk istiqomah membacanya. Sangat rindu nak baca macam dulu2. Namun suasana dah berbeza . Sekarang kena buat sendiri. Takde sapa nak larang, takde sapa nak suruh. Semua atas pilihan sendiri

Sunday 8 December 2013

Aku kini adalah yang baru

Bismillah.
Dengan nama Allah yang amat besar maknanya.

Aku bersyukur dengan nikmat Islam dan iman yang tak kunjung malap.
Alhamdulillah.

Sekadar perkongsian hari ini.

Sekali kita tersilap kira antara nombor 1 sampai 1000,  kita mesti ulang dari nombor satu untuk membetulkan kiraan

Samalah dengan iman kita,  kalau sekali tersilap dan tersungkur,  kita kena perbaharui iman kita dari awal. Moga2 tiada satu pun cebisan2 kotor yang melekat pada iman baru itu.

Jadi,  itulah yang aku dapat hari ni.
Sungguh Allah sedang mentarbiah aku

Tuesday 27 December 2011

PERMULAAN...

DENGAN MENGHARAP REDHA DARINYA...

hari ni permulaan bagi hidup saya dalam menempuh kehidupan seorang daie.... biarlah saya jadi blogger untuk memanfaatkan waktu ini...moga-moga mendapat redha dari Nya...Ameen