Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Adil dan Saksama timbangannya . Aku memohon petunjuk dan reda moga2 mujahadahku ini membawa kemenangan dan kesaksian di hari akhirat kelak.
Perkongsian : hubungan al Quran dengan iman.
Al Quran ibarat rencah utama dalam masakan. Kalau tak letak tak menjadi makanan tu. Kalau tiada al Quran dalam jiwa kita, tak menjadi kita sebagai manusia.
Kalau makanan, kita penentu banyak mana garam nak letak. Samada perlu atau tidak. Macam tu juga kitab Allah ni, kerana al Quran membawa kita menelusuri bahtera hidup. Cuma, kita yang penentu arah, samada nak ke kiri atau ke kanan.
Al Quran leads to tazkiah ( cleaning heart ), which leads to iman ( belief in GOD ), and lastly taqorrub ila Allah ( to make creations close to the Creator )
Kenapa baca al Quran
Pengalaman aku sendiri dalam beberapa tempoh menempuhi cabaran nafsu, aku menilai diri bila hariku dengan al Quran dan tanpa al Quran. Memang benar, jauh sekali bezanya. Ni apa yang aku rasakan:
★Membaca al Quran dalam sehari walaupun semuka sahaja
1. hati rasa tenang
2. malas nak mengulang dosa
3. bosan buat jahat
4. seronok bila baca walaupun tak faham semua
5. rasa terjaga dan terjamin dari ancaman syaiton
6. takkan nak buat jahat, sia2 je baca al Quran tadi
7. tak rugi pun masa yang sedikit kita luangkan untuk Allah, sebab Allah pemilik masa. Nanti Allah akan pulangkan masa tu. Bahasa mudahnya, diberi kelapangan masa.
★ tak membaca al Quran dalam sehari even melihatnya
1. Rasa diri tak sempurna
2. Tidak terurus masa dan diri
3. Hati rasa berat nak buat kerja@malas
4. Tak produktif utk apa2 tugasan
5. Lebih cenderung nak buat benda tak sihat
6. Kata2 tak terkawal
7. Hati selalu berkata2 buruk
8. Banyak ketawa sampai rosak hati
Last nak sampaikan, aku cuba untuk istiqomah membacanya. Sangat rindu nak baca macam dulu2. Namun suasana dah berbeza . Sekarang kena buat sendiri. Takde sapa nak larang, takde sapa nak suruh. Semua atas pilihan sendiri
No comments:
Post a Comment